Saturday 30 June 2018

Sejarah Sekolah Kebangsaan Nanga Selibut. Song


SEJARAH SEKOLAH

Penubuhan SK Nanga Selibut bermula apabila penduduk di beberapa buah rumah panjang kian sedar tentang keperluan dan kepentingan sekolah. Mesyuarat diadakan dan mereka sebulat suara mendirikan sekolah di seberang muara Sungai Selibut. Mereka juga bersetuju melantik Tuai Rumah Jeluing sebagai Pengerusi Jawatankuasa sekolah. Sekolah mula beroperasi pada tahun 1965 yang mana guru yang berkhidmat sebagai pemimpin utama iaitu En. Wong. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini datangnya dari Rumah Usit, Rumah Panau, Rumah Jawa, Rumah Nyala, Rumah Sugai, Rumah Gindi, Rumah Meling, Rumah Lasa dan Rumah Bada yang merangkumi 9 buah rumah panjang. Penduduk tempatan telah mendirikan beberapa buah kelas dan rumah guru secara gotong-royong. Beberapa tahun kemudian, bangunan lama telah digantikan dengan bangunan konkrit. Sehingga kini, kemudahan sekolah boleh dikatakan agak lengkap dengan 6 buah kelas tahun satu hingga enam, sebuah kelas pra sekolah, sebuah kelas pemulihan, gabungan sebuah bilik komputer dan pusat sumber sekolah dan sebuah stor buku teks. Sekitar kawasan sekolah juga telah ditanam dengan pokok-pokok bunga dan didirikan pondok rehat serta pondok bacaan bagi kegunaan pelajar. Perubahan yang ketara telah mula nampak dari mula sekolah ditubuhkan. Kini, telah 44 tahun sekolah ini beroperasi. Peneraju utama sekolah sejak tahun 2006 selaku Guru Besar SK. Nanga Selibut, Encik Thomas Bin Lih makin menampakkan sinar harapan seiring misi dan visi yang digariskan oleh pihak sekolah.


No comments:

Post a Comment